INFO KORPORAT

MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUKAH

 

 

Falsafah Pendidikan MRSM

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan, dinamik, dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti kepada diri sendiri, masyarakat, negara, dan Tuhan. Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan, dan pengembangan potensi, kepimpinan, dan kreativiti. Sesungguhnya setiap pelajar adalah unik, istimewa, dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.

 

Misi

Menyediakan pelajar Bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang Sains dan Teknologi.

 

Visi

Menjadikan pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

 

Moto

"Beyond the Best".